Monday, October 22, 2012

2nd Pregnancy

ALHAMDULILLAH :)

Merasa lagi pengalaman bergelar mama.


Nak masuk 6 bulan seminggu lagi 2 hari :) Macam biasa kali ni. Takde alahan takde morning sickness. Tapi sesekali muntah tu adelah. Tu pun rasa nak pengsan. Kalau yang hari hari muntah macam mana la kan.

Medina sekarang dah 1 Tahun 9 bulan. 

Due date dijangka 6 Februari 2013. Semoga dipermudahkan



Wednesday, September 26, 2012

My anak dara : Sophea Medina

Lama sangat dah tak menjenguk ke sini. sory sory ampunnn. busy benar. Sekarang dah ade facebook, dah ade instagram, twitter, maka blog macam dianak tirikan sikit. Tapi tulah, mana ada masa nak bahagikan. Haritu cuti 3 bulan (tanpa gaji) pun dok relaks je kat rumah. Nak tenangkan fikiran katenye.

End up bile naik keje mood dah ke laut. Sedih sebab dapat jumpa anak kejap kejap je. Sorry Medina, papa n mama work too hard. Bukan untuk orang lain, untuk family kita juga ya sayang :)

Ni gambar terbaru anak daraku. Dah besar dah pun. Pandai pun dah macam2. Tapi pemalas nak gosok gigi. Asal nampak je cepat cepat die tutup mulut. dah la gigi tak cantik sebab isap puting. Grrrrr.


Dah besar, memang boleh buat jadi kawan :)

kadang2 diusapnye muka kita, sambil cakap, mama cantik. Hihihi tergelak dalam hati.

Thursday, March 15, 2012

TAKDE KEJE :)


Nilah rupa kad nikah kat Melaka :)

Rasanya dapat ni lepas sebulan/3 bulan kawen, Tak ingat dah.

*kurusnye masing masing dalam gambar tu*



Wednesday, March 14, 2012

Bundle of Joy

Ish rasa macam bersalah.wahahaha.sume blog tak udpate. tu la tak sedar diri.dah busy pastu ada hati nak manage sampai 4 blog :) eh ada 5 blog.gile lah.gile kuasa.tapi setiap blog ada klasifikasi die sendiri.macam bile korang tengok movie kan, blog sihat, blog untuk gemok, untuk cantik, untuk jaga anak.wah gitu. macam ada orang nak baca semua :))

bukan apa senang nak manage.takkan nak buat cite pasal Medina dalam blog catalyst pulak? rasa macam tak sesuai sangat. so cerita dalam blog ni memang akan ketinggalan zaman gile gile punyelah.sebab kalau rajin baru nak update.



budak ni memang tak boleh tgk hp.asal tengok ade je agenda die



Sunday, January 1, 2012

Sophea Medina is ONE!


ALHAMDULILLAH :) syukurrrrr.

Selamat Hari Lahir sayang :)

Terima kasih kerana sentiasa bersama dengan mama:

Perkembangan sekarang :)

Buat perangai pelik-pelik lepas tu buat muka tak bersalah
Jerit-jerit padahal takde ape pun berlaku
Suka kiss Froggy lebih dari semua orang
Masih tak berjalan.takut or malas idk.tapi merangkak super laju
Sangat penyanyang kepada kucing.kalau jumpa kucing mesti nak sayang
Tolonglah buat muka nice sikit kalau jumpe kawan2 mama.ni tak masam muka je memanjang.aiyoo belajar dari mana pun tak tau

LOVE YOU! nanti kite celebrate makan kek eh


Thursday, December 29, 2011

all about sophea medina 2011 :)

sedar tak sedar dah nak habis tahun 2011 :) tahun yang amat indah dengan kehadiran permata hati kami :)))) berlalu dengan pantas. Sophea Medina dah nak masuk 1 tahun pun 3/01/12 nanti. semoga semuanya sentiasa baik dan dipermudahkan. aminnnnnn.

random pics of medina <3 enjoiceeeee!!!!!





terima kasih Ya ALLAH atas kurnianmu .

Wednesday, December 28, 2011