Sunday, January 1, 2012

Sophea Medina is ONE!


ALHAMDULILLAH :) syukurrrrr.

Selamat Hari Lahir sayang :)

Terima kasih kerana sentiasa bersama dengan mama:

Perkembangan sekarang :)

Buat perangai pelik-pelik lepas tu buat muka tak bersalah
Jerit-jerit padahal takde ape pun berlaku
Suka kiss Froggy lebih dari semua orang
Masih tak berjalan.takut or malas idk.tapi merangkak super laju
Sangat penyanyang kepada kucing.kalau jumpa kucing mesti nak sayang
Tolonglah buat muka nice sikit kalau jumpe kawan2 mama.ni tak masam muka je memanjang.aiyoo belajar dari mana pun tak tau

LOVE YOU! nanti kite celebrate makan kek eh


Thursday, December 29, 2011

all about sophea medina 2011 :)

sedar tak sedar dah nak habis tahun 2011 :) tahun yang amat indah dengan kehadiran permata hati kami :)))) berlalu dengan pantas. Sophea Medina dah nak masuk 1 tahun pun 3/01/12 nanti. semoga semuanya sentiasa baik dan dipermudahkan. aminnnnnn.

random pics of medina <3 enjoiceeeee!!!!!





terima kasih Ya ALLAH atas kurnianmu .

Thursday, December 22, 2011

Butik Pengantin Mahligai Cemara :)

Kepada readers blog eazy yang rasa nak bertunang.berkahwin or buat apa2 majlis sekitar Penang, Kedah or Perlis jemput-jemputlah cuci mata di blog mama eazy ye :) hehe.She's my mother in law. Butik mama/Mahligai Cemara terletak kat belakang Yawata(bagi sapa yang familiar dengan kawasan Jitra) sebaris dengan Dr. Rozmey punye kedai tu.hehe

Pakej-pakej yang mama sediakan amatlah berbaloi dan rasanya tersangat menjimatkan kalau korang amek wedding planner sekali.Cuba bayangkan dalam 16 k sahaja anda boleh dapat (full set of package) include khemah,makan minum,bayaran dewan(kalau di dewan),hantaran,photog dan semualah.memang berbaloi sampai rasa nak suruh mama bukak butik dekat Melaka!hehe

jenguk website MAHLIGAI CEMARA di : http://mahligaicemara-butik.blogspot.com/

Nama : Kak Yan (mama)& ida (adik ipar eazy)
bpmahligaicemara.yahoo.com
No : 019-5634553 - kak yan
No : 017-4649545 - ida
Lokasi : Kedah[Bandar Darulaman,Belakang YAWATA]


cakaplah korang ni readers blog eazy.Insyallah akan dapat special discount nanti!yeayyyyyy :)))







ANTARA CONTOH PELAMIN :)



Friday, October 14, 2011

Preparation for ....


upcoming birthday n aqiqah celebration!

oh yeah.sekejap je dah 9 bulan medina anak mama ni :) makin besar.makin lasak.makin banyak cakap bahasa yang mama tak faham dan makin makin makin manjaaaaaaaaaaaaa yang amat!

kadang2 sampai tension dibuatnye.hahahaha.sory anak mama.

yeah it was our bad :'( tak sempat sempat lagi nak buat aqiqah untuk medina.mula2 rancang nak buat masa bulan 4 pastu tangguh,nak buat time raya pastu tangguh jugak.last last sekali fikir baik buat masa birthday medina nanti :) buat aqiqah,kenduri doa selamat n birthday celebration sekali suma :) senang dan menjimatkan kos.hihi


kambing adalah senang nak cari sebab i kan keje kat jabatan haiwan :P

tapi yang payahnye nak cari idea untuk deco time birthday nanti: dan terfikir nak buat ni!


tema : hijau , n blue i think!

kek : hijau n mesti ada frogy!hehe & pavlova (hand made)

candy buffet: jelly beans mix colours, cuppies, lollypop,coklat,popcorn(yang lain nanti survey)

host by : mcdonals.insyallah(ada my friend keje as event manager kat situ.senang nak contact.katenye RM 6.50 per head.siap dengan games,cake,kids meal n mascot).rasanya nak jemput dalam 50 orang kids.so total roughly dalam RM 325.00.berbaloi :)

meal :

menu kenduri ; mesti masak kambing kan?kari kambing mungkin.tambahan tak fikir lagi

menu birthday : spageti, soto(mungkinnnnnn)

AND OF COURSE ADA AIR BANDUNG!yey!


*dah tulis ni dulu nanti banyak2 pening

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Apa Lagi Lebih Beerti
Di Aidilfitri Yang Dinanti
Begemerlapan Cahaya Menyinari
Bersama Mensyukuri Nikmat Ilahi

Kami sekeluarga menyusun jari 10 sekiranya :
Terdapat kesilapan yang sengaja/tidak disengajakan
Termakan / minum tanpa kebenaran
Terlebih kata tanpa batasan

Sesungguhnya Yang Baik itu datang dari Allah s.w.t
dan yang buruk itu datang dari kesilapan kami sendiri


JEMPUT DATANG KE RUMAH RAYA NANTI :)
kami beraya di Melaka 1-2 hari raya
dan pulang ke Kedah raya ke 3-6

Insyaallah.doakan perjalanan kami selamat semuanya.


Wednesday, July 20, 2011

Warkah Buat Suamiku

Hari ni eazy rasa nak taip or tulis surat.kalau dulu ni je cara kite nak rapatkan hubungan.bukan dengan sms.bukan dengan facebook,twitter. Tapi ni kira surat alam maya lah kan.Tak boleh dipadam kecuali ada orang delete.

Warkah ni ditujukan khas buat suami tercinta.

Mohd Atif B. Md Zain
Bandar Sunway,
Petaling Jaya, Selangor. 20 Julai 2011
_____________________________________________________________________
Suami ku,

WARKAH ISTIMEWA BUAT MU TERSAYANG

Tujuan bb menulis warkah ini adalah untuk ianya menjadi kenang-kenangan. Andai kata bb pergi dulu.tak kira hari ini, esok atau akan datang. Bb harap coretan bb ni dapat menghilangkan segala kerinduan dan membuktikan betapa bb perlukan bit dalam dunia ini.

Terima kasih sayang, terima kasih atas segalanya. Ingat tak dulu? tak silap tahun 2007 kot.how funny we know each other? I admire you so much walaupun time tu kite berdua dah ada pasangan yang difikir steady untuk masing2. Bermula dengan tolong YOU jual bunga time konvo makin merapatkan hubungan kita.

Kita terpisah....terpisah sementara atas alasan jarak Kedah & Melaka. Time tu Myspace menjadi penghubung selain call/sms. Tapi how suprise, we suddenly declared as couple. Ye kite masing2 time tu tengah kecewa dengan pasangan masing-masing. tanpa memikirkan rasa cinta dan sayang. Kita ambil keputusan untuk berpasangan dalam masa yang terlalu singkat. Tapi hubungan jarak jauh. Masa tu kalau boleh every minutes kita nak ucapkan kata " I LOVE YOU, I MISS YOU. HP umpama nyawa. tak boleh tinggal seminit kerana kita akan membalas sms setiap masa tanpa henti. Kalau call pula, dari malam sampai ke sahur kita akan bercakap dan berbual tanpa henti. Lagu tema cinta pula time tu : Chris Brown: With You.Itulah orang kata, indahnya waktu bercinta. Kenangan yang tidak dapat di beli dan di jual dengan ringgit.

Waktu sambung semula semester di Poly, kita jumpa balik. Bit kena extend satu sem? Ingat lagi? Kita tak jumpa terang-terangan. tak tahu lah kenapa. Mungkin time tu bit tak sedia lagi nak bagitau semua orang yang kita berpasangan :) Kita happy sangat time tu!.Bb habis study.Bb balik melaka.sedihnya time tu, bile terfikir,adakah hubungan kita dapat bertahan?hmmmm..

Syukur, Allah dengar kata2 bb. Bb dapat kerja dekat.dekat dengan bit.USM Penang :) Alhamdulillah. Walaupun tak dapat jumpa hari2. at least kita dapat jumpa seminggu sekali.Seronok dapat jalan2 Penang dengan bit. Walaupun time tu bit tak ada kerja tetap sangat. Tapi bb kata, kita kumpul duit untuk tunang :) Kita jual laicikang kat pasar ramadhan, kita bukak stall jual western food, kita buat macam2 kerja sama2 :'( Tapi bb kerja Penang tak lama. Lepas tu dapat tawaran kerja di Melaka. Bb balik kampung..kita jauh kembali....

Tapi kita kuat, tak pernah putus asa pertahankan hubungan. Walaupun di uji macam2 rintangan. Jauh tak menjadi masalah. Bak kata orang lautan api pun sanggup direnangi. kan kan? Melaka - Kedah tak rasa jauh. Kalau travel tu, dalam bas tak boleh lelap sebab tak sabar nak jumpa orang kat sana. Bas masuk je tol kita dah kalut nak suruh masing2 jemput kat station bas. Indahnyaaaa...kenangan. Pada Bulan September 2009 kita bertunang. Masih rasa tak percaya.hubungan yang tiba-tiba dan kira masing-masing jadi express couple dah bertunang.Cepatnya masa berlalu, indahnya takdir dan suratan tuhan.

Bulan Januari 2010, mama datang tentukan tarikh, Mula nya kita bercadang nak nikah bulan Mei/ September kan? Tapi jodoh.. kita nikah Bulan Mac 2010. atau lebih lengkap 19 Mac 2010. Sibuk buat preparation, sana sini mana yang cantik bb ambil. nak buat yang terbaik untuk wedding kita. Walaupun kita buat serba ringkas je. Blog ni pun bb buat sebab nak kahwin time tu :) semangat kan?

Kita selamat di ijabkabulkan. Kompang dipalu, kita diarak ke atas pelamin. Manisnya korang! ,Semoga berkekalan sehingga ke akhir cucu, Pakat baik2, Cepat2 dapat anak, itu antara ucapan dan doa mereka kepada kita. Alhamdulillah, direstui oleh semua.Rezeki kita cukup indah, bb disahkan hamil dan dijangka melahirkan Bulan Januari 2011. Kita berjauhan sepanjang tempoh tu. Sedihnya tanpa kehadiran bit disisi. Hari2 sedih tengok orang lain ada teman kalau shopping barang baby. tapi bb? sorang2 je. Kalau pegi klinik pun sorang.Tapi bb faham dan kita pun faham, kita berjauhan atas urusan kerjaya.

Malam 03 Januari 2011, kita dianugerahkan oleh Allah, seorang insan umpama permata dalam hidup. Kita bergelar mama-papa kepada Sophea Medina. Kini hidup berdua diserikan oleh suara tangisan Medina. Bersengkang-mata kita jaga dia. Biasalah Medina jenis anak yang meragam waktu malam. Bit tidur, bb jaga, bb jaga, bit tidur. Ingat tak lagi? Seronok jugak kan? Bit pun dah dapat kerja baru dan tinggal di Sunway.dekat sikit dengan kami.

Hari ni, 20 Julai 2011, Medina dah besar.Dah 6 bulan lebih. Pandai ketawa, pandai meniarap, pandai kejar kita pakai walker,indahnya! Kita pun dah 1 tahun lebih jadi suami - isteri. Sudah 4 tahun berpasangan. Semoga ALLAH sentiasa melindungi dan mempertahankan hubungan kita. Bb minta maaf sekiranya bb masih tak dapat jadi isteri yang baik untuk bit. Hari ke hari bb belajar, walaupun makin bb belajar, makin banyak bb terlupa :'( Bit dan medina umpama nafas bb. Kalau hilang salah seorang, hilanglah nyawa. Hilanglah kekuatan. Kamu adalah orang yang bb sanjung dalam hidup ni. Cuma bb ni keras kepala-ego.tapi dalam hati bb sentiasa rasa bersalah kalau buat bit marah.

Tak sanggup bb nak tulis lagi.nanti ter nangis susah pulak kan? Tak sangka surat yang bb saje2 je nak tulis ni dah jadi panjang berjela.Sorry lah kepada yang baca ya? Eazy nak tulis kenangan di sini.

Sekali lagi bb nak cakap kat bit " SAYA SAYANG KAN AWAK LEBIH DARI SEGALANYA"


Yang Menulis:
-Isterimu tersayang-