Thursday, November 25, 2010

JAUH RASA DALAM HATI


Rasa berat sangat nak taip entry ni :’( serius.macam letak batu lesung kat tangan.susah nak angkat.tapi saya rasa saya harus juga luahkan perasaan yang terpendam ni.

Entry ni juga tak ditujukan pada sesiapa tetapi sekadar berkongsi sebab saya bimbang sekiranya ia berlaku kepada saya. Kebelakangan ni saya risau.risau sangat-sangat dengan situasi hubungan kami.yelah.saya di melaka & dia di kedah.

Tipulah kalau saya kata langsung saya tak pernah risau ada perempuan atau tak layak dipanggil sebegitu & boleh dipanggil BETINA akan mengganggu hubungan kami. Sebabnya kenapa?

1.saya bekerja sewaktu office hour 8-5 manakala husband pula bekerja sendiri. Masa kerja tak tentu.jadi masing-masing busy sampai kadang-kadang hanya mesej gudmorning/inform kesana-sini/dan sebelum tidur.

2.saya tak dapat / tak mampu nak beri layanan kat dia 100% sebagai isteri sepertimana yang sepatutnya.penyediaan makanan, pakaian dan belaian.saya terlalu ingin jadi isteri yang dapat sediakan baju kerja,sarapan pagi dan tonton tv bersama sebelum tidur setiap malam.

3.saya selalu emosi sewaktu mengandungkan anak pertama kami :’( jadi bila ada masa saya akan teremo lebih dan akan marah marah dkt suami tak tentu pasal.tskkkkkk

4.husband saya adalah seorang lelaki yang sangat baik dan suka sangat tolong orang(memang tak salah tapi dia ni jenis mudah mesra,takut BETINA tersalah anggap)

5.saya selalu tertidur tapi dah berjanji akan tunggu call dari dia yang selalu pulang lewat sebab selalu ada meeting/discussion mlm2.jadi tak dapat borak2 dalam phone.hari terus bertukar suram :’(

6.saya tahu husband saya seorang yang sangat perlukan sokongan sentiasa.dia perlu saya di sisi dia setiap masa.saya tahu itu.

7.banyak lagi sebabnya…tulah dah cakap tadi.berat betul tangan nak taip entry ni.hati rasa sebak je nak nangis.tapi tak boleh sebab kat office.kekekekeke.jadi pura-pura jadi wanita besi.

Jadi pesanan saya pada suami

(walaupun dia tak baca ni pun)

Bb sayang bit.terlalu sayang sampai tak tahu nak describe macam mana. Semoga hubungan rumahtangga kita diberkati Allah sentiasa. Bb harap kehadiran bakal cahaya mata kita ini akan tambahkan kebahagiaan itu.Insyallah.

3 comments:

Hazzy Ishak said...

respect each other & percaya pada atif.

harap eazy & atif berbahgia selamanya.

itu yang hazzy leh doakan dari jauh

CikPuanMiera said...

insyaallah.
amin.

trust sangat penting ye sayang.
=)

jgn emo sgt.
cian baby.

eazy insyira said...

hazzy; i owez trust him,n of coz respect my hubby.tq dear

cpm miera; yup kak.trust each other boleh kuatkan hubungan pjj ni.hihihi.tak nak emo,tapi selalu ter emo.camne tu