Wednesday, July 20, 2011

Warkah Buat Suamiku

Hari ni eazy rasa nak taip or tulis surat.kalau dulu ni je cara kite nak rapatkan hubungan.bukan dengan sms.bukan dengan facebook,twitter. Tapi ni kira surat alam maya lah kan.Tak boleh dipadam kecuali ada orang delete.

Warkah ni ditujukan khas buat suami tercinta.

Mohd Atif B. Md Zain
Bandar Sunway,
Petaling Jaya, Selangor. 20 Julai 2011
_____________________________________________________________________
Suami ku,

WARKAH ISTIMEWA BUAT MU TERSAYANG

Tujuan bb menulis warkah ini adalah untuk ianya menjadi kenang-kenangan. Andai kata bb pergi dulu.tak kira hari ini, esok atau akan datang. Bb harap coretan bb ni dapat menghilangkan segala kerinduan dan membuktikan betapa bb perlukan bit dalam dunia ini.

Terima kasih sayang, terima kasih atas segalanya. Ingat tak dulu? tak silap tahun 2007 kot.how funny we know each other? I admire you so much walaupun time tu kite berdua dah ada pasangan yang difikir steady untuk masing2. Bermula dengan tolong YOU jual bunga time konvo makin merapatkan hubungan kita.

Kita terpisah....terpisah sementara atas alasan jarak Kedah & Melaka. Time tu Myspace menjadi penghubung selain call/sms. Tapi how suprise, we suddenly declared as couple. Ye kite masing2 time tu tengah kecewa dengan pasangan masing-masing. tanpa memikirkan rasa cinta dan sayang. Kita ambil keputusan untuk berpasangan dalam masa yang terlalu singkat. Tapi hubungan jarak jauh. Masa tu kalau boleh every minutes kita nak ucapkan kata " I LOVE YOU, I MISS YOU. HP umpama nyawa. tak boleh tinggal seminit kerana kita akan membalas sms setiap masa tanpa henti. Kalau call pula, dari malam sampai ke sahur kita akan bercakap dan berbual tanpa henti. Lagu tema cinta pula time tu : Chris Brown: With You.Itulah orang kata, indahnya waktu bercinta. Kenangan yang tidak dapat di beli dan di jual dengan ringgit.

Waktu sambung semula semester di Poly, kita jumpa balik. Bit kena extend satu sem? Ingat lagi? Kita tak jumpa terang-terangan. tak tahu lah kenapa. Mungkin time tu bit tak sedia lagi nak bagitau semua orang yang kita berpasangan :) Kita happy sangat time tu!.Bb habis study.Bb balik melaka.sedihnya time tu, bile terfikir,adakah hubungan kita dapat bertahan?hmmmm..

Syukur, Allah dengar kata2 bb. Bb dapat kerja dekat.dekat dengan bit.USM Penang :) Alhamdulillah. Walaupun tak dapat jumpa hari2. at least kita dapat jumpa seminggu sekali.Seronok dapat jalan2 Penang dengan bit. Walaupun time tu bit tak ada kerja tetap sangat. Tapi bb kata, kita kumpul duit untuk tunang :) Kita jual laicikang kat pasar ramadhan, kita bukak stall jual western food, kita buat macam2 kerja sama2 :'( Tapi bb kerja Penang tak lama. Lepas tu dapat tawaran kerja di Melaka. Bb balik kampung..kita jauh kembali....

Tapi kita kuat, tak pernah putus asa pertahankan hubungan. Walaupun di uji macam2 rintangan. Jauh tak menjadi masalah. Bak kata orang lautan api pun sanggup direnangi. kan kan? Melaka - Kedah tak rasa jauh. Kalau travel tu, dalam bas tak boleh lelap sebab tak sabar nak jumpa orang kat sana. Bas masuk je tol kita dah kalut nak suruh masing2 jemput kat station bas. Indahnyaaaa...kenangan. Pada Bulan September 2009 kita bertunang. Masih rasa tak percaya.hubungan yang tiba-tiba dan kira masing-masing jadi express couple dah bertunang.Cepatnya masa berlalu, indahnya takdir dan suratan tuhan.

Bulan Januari 2010, mama datang tentukan tarikh, Mula nya kita bercadang nak nikah bulan Mei/ September kan? Tapi jodoh.. kita nikah Bulan Mac 2010. atau lebih lengkap 19 Mac 2010. Sibuk buat preparation, sana sini mana yang cantik bb ambil. nak buat yang terbaik untuk wedding kita. Walaupun kita buat serba ringkas je. Blog ni pun bb buat sebab nak kahwin time tu :) semangat kan?

Kita selamat di ijabkabulkan. Kompang dipalu, kita diarak ke atas pelamin. Manisnya korang! ,Semoga berkekalan sehingga ke akhir cucu, Pakat baik2, Cepat2 dapat anak, itu antara ucapan dan doa mereka kepada kita. Alhamdulillah, direstui oleh semua.Rezeki kita cukup indah, bb disahkan hamil dan dijangka melahirkan Bulan Januari 2011. Kita berjauhan sepanjang tempoh tu. Sedihnya tanpa kehadiran bit disisi. Hari2 sedih tengok orang lain ada teman kalau shopping barang baby. tapi bb? sorang2 je. Kalau pegi klinik pun sorang.Tapi bb faham dan kita pun faham, kita berjauhan atas urusan kerjaya.

Malam 03 Januari 2011, kita dianugerahkan oleh Allah, seorang insan umpama permata dalam hidup. Kita bergelar mama-papa kepada Sophea Medina. Kini hidup berdua diserikan oleh suara tangisan Medina. Bersengkang-mata kita jaga dia. Biasalah Medina jenis anak yang meragam waktu malam. Bit tidur, bb jaga, bb jaga, bit tidur. Ingat tak lagi? Seronok jugak kan? Bit pun dah dapat kerja baru dan tinggal di Sunway.dekat sikit dengan kami.

Hari ni, 20 Julai 2011, Medina dah besar.Dah 6 bulan lebih. Pandai ketawa, pandai meniarap, pandai kejar kita pakai walker,indahnya! Kita pun dah 1 tahun lebih jadi suami - isteri. Sudah 4 tahun berpasangan. Semoga ALLAH sentiasa melindungi dan mempertahankan hubungan kita. Bb minta maaf sekiranya bb masih tak dapat jadi isteri yang baik untuk bit. Hari ke hari bb belajar, walaupun makin bb belajar, makin banyak bb terlupa :'( Bit dan medina umpama nafas bb. Kalau hilang salah seorang, hilanglah nyawa. Hilanglah kekuatan. Kamu adalah orang yang bb sanjung dalam hidup ni. Cuma bb ni keras kepala-ego.tapi dalam hati bb sentiasa rasa bersalah kalau buat bit marah.

Tak sanggup bb nak tulis lagi.nanti ter nangis susah pulak kan? Tak sangka surat yang bb saje2 je nak tulis ni dah jadi panjang berjela.Sorry lah kepada yang baca ya? Eazy nak tulis kenangan di sini.

Sekali lagi bb nak cakap kat bit " SAYA SAYANG KAN AWAK LEBIH DARI SEGALANYA"


Yang Menulis:
-Isterimu tersayang-

3 comments:

nursuhada aziz said...

best2!nnti aku dah kawen aku pulak nak buat surat untuk amad..hehehe..tapi kan aku pulak macm nak TERnangis baca surat ko nie.sob sob sob...apa apa pun aku doakan korang bahagia sampai syurga..InsyaAllah..moga tuhan lindungi dan rahmati Izzati Insyirah sekeluarga..amin :)

ciNDerella stRikEr said...

isk isk... menusuk kalbu laa.

Tsu Miy Chan said...

kite baca kite pulak yang nangeh.. sweet la both of you eazy ^_^