Sunday, December 19, 2010

kontraksi BRAXTON-HICKS.

tanda tanda kontraksi palsu


Ciri-ciri Kontraksi
  • Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
  • Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
  • Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
  • Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
  • Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
  • Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
  • Semakin kuat sakitnya
  • Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
  • Berbaring tidak mengurangkannya.
  • Servik menipis dan terbuka.
Mengira Kontraksi
  • Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
  • Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
  • Catatkan kekuatan sakitnya.
Kontraksi Braxton-Hicks(TANDA2 PALSU)
  • Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.
  • Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
  • Jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
  • Tidak bertambah kuat sakitnya.tidak begitu menyakitkan.
  • Tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
  • Biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
  • Boleh reda jika anda berbaring.
  • Biasanya tiada perubahan pada servik.
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • Kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam.
  • Keluar air ketuban/air ketuban pecah
  • Pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • Keluar darah&lendir dari vagina.

No comments: